Tuesday 29 March 2016

Ada Kata

Kadang terdengar kata yang berbicara,
Sering kali, kau aku, meratah apa yang menghadap..
Tekun, sekali, bersama tanpa jaga.
Apa makna, bila kau bosan?
Dunia masih belum berakhir,
ibarat berlari tanpa henti,
singgah sementara,
ada jiwa, ada kata,
ada yang memaksa, terima, celaru untuk sekian lama..

tidak mampu untuk kawal takdir,
aku bukan tuhan..
aku hilang tuhan,
cari, terus, dan cari..
tak mampu..
tuhan apa jadi, bila berakhir?
apa perlu, aku begini?


Penulis Blog Berdenyut
Semoga Tuhan Berkati, Semoga Berisi.

Friday 8 January 2016

Dadah.


Sekalipun ditelan. akan selalu merasa ianya seperti suatu keperluan.
Keperluan yang wajib dan sangat mengisi..

Semua kerana kesunyian yang melampau yang dirasa.
Kekosongan.
Kekecewaan.
Ketidakpastian.
Rasa bersalah.
Kebencian.
useless.
Kecelaruan..

Apa jua jenis yang dicari, dipuja,
diambil kemudian dijadikan nya mengalir dalam diri..

tidak pernah menipu..
lari semampu..




Penulis Blog Berdenyut
Semoga Tuhan Berkati, Semoga Berisi.

Friday 1 January 2016

Pulang.

Agak ketara jika suatu hari,
selepas seharian penat beraktiviti,
selepas seminggu,
selepas bertahun,
selepas berzaman,

kita inginkan waktu untuk bersama yang tersayang atau masa yang secukupnya atau 
hanya sekadar ingin bersendirian ataupun mungkin menghilang untuk seketika bagi menghilangkan rasa penat itu, 
rasa sebal, rasa bosan dan rasa yang dibelai pada ketika itu.


Tidak kira apa yang berlaku sama ada yang kebiasaan berlaku, kejadian yang indah, 
perbuatan yang jahat ataupun kes-kes yang punya kisah istimewa yang tersendiri. 

Itulah kita, 
sangat lembut hatinya sejak azali dan sangat sedar akan rasa apabila tiba masanya untuk kembali pulang.


Selalunya pada ketika inilah, 
penat itu membawa kembali kepulangan,
dan ketika itulah kita mula sedar dan berinteraksi,
dan secara telus menghalusi..



Selamat kembali.


Penulis Blog Berdenyut
Semoga Tuhan Berkati, Semoga Berisi.


Tahun Baru, 2016.

Sebagai permulaan, aku hanyalah insan biasa.
Tidak punya apa-apa, kecuali rasa sentiasa ingin difahami, memahami dan cuba untuk memberi.
Sepanjang aku hidup, ada seribu satu kisah yang telah terjadi.
Sekaligus, membentuk keperibadianku hingga ke hari ini.

Aku mencari sesuatu yang aku sendiri tidak faham. Atau, mungkin aku faham, cuma tidak ada kekuatan lagi untuk menerima sesuatu hakikat.
Selalunya itulah yang terjadi.

Kita sentiasa takut dengan perasaan asing yang hadir dalam diri.
Tetapi, perasaan asing itu jugalah yang membawa kita kepada sesuatu yang lebih jauh lebih dalam, iaitu proses pengenalan diri.

Menarik di bumi ini adalah hadrinya pelbagai ragam, pelbagai cubaan, pelbagai bentuk rupa dan warna. 
Lagi menarik jika ditayangkan perihal jiwa-jiwa manusia yang sentiasa punya sesuatu.

Blog ini diwujudkan, sebagai salah satu medium untuk aku sendiri mengenal diri 
dan juga mengenal pasti perasaan aneh yang selalu wujud dalam diri ini supaya 
aku dapat salurkan dalam bentuk yang boleh difahami. 

Aku bukanlah intelektual, mahupun inginkan mata-mata mengenal akan aku. 
Cuma, tulisan ini sungguh bermaksud untuk merefleksikan pandangan aku terhadap apa yang terjadi, di sekeliling mahupun apa yang terlintas di imaginasiku.

Mungkin kalian juga pernah dihadiri perasaan aneh ini singgah di benak hati, 
dan mungkin masih mencari jawapan kerana tidak pasti. 

Aku menulis untuk difahami, memahami dan cuba untuk memberi.
Terima Kasih.


Penulis Blog Berdenyut.
Semoga Tuhan Berkati, Semoga Berisi.