Friday 1 January 2016

Tahun Baru, 2016.

Sebagai permulaan, aku hanyalah insan biasa.
Tidak punya apa-apa, kecuali rasa sentiasa ingin difahami, memahami dan cuba untuk memberi.
Sepanjang aku hidup, ada seribu satu kisah yang telah terjadi.
Sekaligus, membentuk keperibadianku hingga ke hari ini.

Aku mencari sesuatu yang aku sendiri tidak faham. Atau, mungkin aku faham, cuma tidak ada kekuatan lagi untuk menerima sesuatu hakikat.
Selalunya itulah yang terjadi.

Kita sentiasa takut dengan perasaan asing yang hadir dalam diri.
Tetapi, perasaan asing itu jugalah yang membawa kita kepada sesuatu yang lebih jauh lebih dalam, iaitu proses pengenalan diri.

Menarik di bumi ini adalah hadrinya pelbagai ragam, pelbagai cubaan, pelbagai bentuk rupa dan warna. 
Lagi menarik jika ditayangkan perihal jiwa-jiwa manusia yang sentiasa punya sesuatu.

Blog ini diwujudkan, sebagai salah satu medium untuk aku sendiri mengenal diri 
dan juga mengenal pasti perasaan aneh yang selalu wujud dalam diri ini supaya 
aku dapat salurkan dalam bentuk yang boleh difahami. 

Aku bukanlah intelektual, mahupun inginkan mata-mata mengenal akan aku. 
Cuma, tulisan ini sungguh bermaksud untuk merefleksikan pandangan aku terhadap apa yang terjadi, di sekeliling mahupun apa yang terlintas di imaginasiku.

Mungkin kalian juga pernah dihadiri perasaan aneh ini singgah di benak hati, 
dan mungkin masih mencari jawapan kerana tidak pasti. 

Aku menulis untuk difahami, memahami dan cuba untuk memberi.
Terima Kasih.


Penulis Blog Berdenyut.
Semoga Tuhan Berkati, Semoga Berisi.

No comments:

Post a Comment